Friday 14 October 2011

kalau ada, syukur alhamdulillah....kalau tiada, redhalah...be strong!

asal tiba2 aku wat post ni?tah la, sbnrnya aku sendiri x tau sebab sbnrnya. hati n perasaan bnda yg sgt subjektif. n bnda ni jg bukan blh dipaksa2. perasaan utk suka n menyayangi seseorg itu adalah anugerah dr ilahi. kita sbg manusia kene la bersyukur n redha dgn ketentuanNYA. mmng sng ckp cm ni, tp nak wat nya???erm, brgntung pd diri sendiri n kena la STRONG... n jgn la terlalu berharap pd sesuatu yg masih x pasti. mind set kne btl. so set on my mind~kalau ada, syukur ALHAMDULILLAH...kalau tiada, redhalah n ada yg lebih baik yg telah dirancang utk kita kelak.mungkin masanya saja belum tiba.

Friday 7 October 2011

i like to read this... ni aku copy.hehehe

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..
Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya…
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

... Disaat kamu mulai bosan dengannya…
Ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya…
Bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya…
Ingatlah disaat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu

Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga.

Sunday 2 October 2011

KESAYANGAN SAYA....







inilah wajah2 kesayangan saya...pic2 ni ms ry2 br2 ni.nk update pic2 yg lm, smuanya byk kt my latop.tp skrg ni tgh xde latop sndri.so nex time r kut.hehehe. ;D

smga sgla urusanku dipermudahkan...

smga sgla urusanku dipermudahkan...

ini  la status aku kt fb beberapa hr lps.salah satu nikmat kurniaan ilahi yg kita perlu ingat ialah sihat sebelum sakit. tp kita haruslah ingat jg yg sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.jadi, bersyukurlah  dgn stiap ketentuan tuhan dan redha lah, kerana sesungguhnya de hikmah pd setiap pe yg trjadi.n esok 3-10 aku de checkout lg. hopfully ok la, xmo stay kt hsptl, mcm2 ragam pesakit aku tgk.doa kn la yg terbek.dh xmo dpt mc2 lg, esk dh kira mc ke-3 utk sem ni.ni br awl sem kut, sudh byk mc... :(  doakn la sy sihat selalu.tq kepada semua yg mnjg sy spnjg sy tgh sakit hr tu trutama my fmly....sory jg sbb sy tahu sy tlh menyusahkn rmi org.

~When someone comes into your life. God send them for a reason, either to learn from them or to be with them till the end~

~ni adlh salah satu cerpen pendek yg aku karang sndri ms tgh kebusanan berkerja jd cashier dl.tgh busan2, tb2 terlahir idea utk wat cerpen ni.slma ni x tau nk share kt mn, so bl dh de blog sndri, terasa nk post la kt cni.sy budak mt, sah2 la x power sgt bab2 wat ayt ni, tp men karang je la.hehehe.

~When someone comes into your life. God send them for a reason, either to learn from them or to be with them till the end~

  Amni, seorang gadis kecil molek yang murah dengan senyuman. Tapi siapa tahu, di sebalik senyumanya sebenarnya tersimpan kesedihan. Tangisan di hatinya tiada siapa yang tahu. Apabila terlalu tidak tahan, rakan karibnyalah yang dijadikan tempat untuk mengadu dan adakalanya tempat dia untuk menitiskan air matanya. Hatinya terlalu kuat dengan pendirian, jika dia menyayangi seseorang, pastinya dia akan bersungguh-sungguh menyayanginya.
                    Amni pernah kecewa kerana cinta. Baginya mengapa sukar untuk menjumpai mr right untuk dirinya? Suatu ketika dulu dia pernah suka dan menyayangi rakannya yang dikenali sejak kecil, namun akhirnya hubungan itu begitu sahaja kerana jarak yang memisahkan mereka. Redha dengan ketentuan-NYA amni bangkit semula dan sedar aka nada yang lebih baik untuknya kelak. Lumrah manusia untuk rasa menyayangi dan disayangi. Begitu juga bagi amni. Perkenalan dengan seorang teman baru semasa menyertai program universiti membrikan makna buat dirinya. Zaim, lelaki yang dikenalinya yang berjaya mengubah dirinya dan memberikna makna buat dirinya. Amni mula mengenali zaim semasa menghadiri mesyuarat program di universitinya. Perkanalan mereka hanya seperti biasa,sekadar bertanya nama, kursus dan latar belakang biasa. Tanpa disedari teguran dan sapa yang diberikan zaim padda amni berubah menjadi semakin rapat. Keakraban mereka disedari rakan-rakan lain, namun mereka berdua hanya tersenyum apabila dikenekan. Takdir ilahi menentukan segalanya. Keakraban mereka semakin terjalin ketika amni sedang sakit. Semasa sedang menganjurkan program university, amni tiba-tiba jatuh sakit dan perlu menjalani operation. Zaim menyedari keadaan amni yang kelihatan lemah dan mengambil berat sepenuhnya. Makan minum amni sentiasa ingin dia ketahui. Siang, malam, pagi petang pastinaya akan ada kiriman sms untuk mengetahui keadaan amni. Walaupun perkenalan mereka masih awal, zaim sangat mengambil berat tentang amni. Amni sangat menghargainya dan bersa terharu. Dia terasa bagikan ada sinaran yang kembali setalah dia pernah kehilangan orang yang disayanginya dahulu. Perempuan mana yang tidak suka apabila ada lelaki yang sentiasa mengambil berat akan dirinya. Setiap minggu, amni terpaksa berulang-alik ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Zaim adalah orang yang sentiasa ingin tahu perkembangan kesihatan dirinya selain keluarganya. Syukur ke hadrat Ilahi, penyakit amni semakin sembuh dan dia tidak perlu menjalani operation. Berita gembira itu segera disampaikan kepada zaim. Zaim bersyukur dan gembira. Sejak itu, mereka sering kali bertemu. Rasa rindu pastinya berputik sekiranya mereka tidak bertemu. Bagi amni, zaim lelaki yang berjaya membuatkannya melupakan kisah cintanya yang dulu. Selama ini pintu hati amni tertutup dan dia sering menolak pelawaan lelaki yang ingin mendekatinya. Namun, perkenalan yang singkat antra dia dan zaim berjaya meruntuhkan tembok di hatinya. Mereka bahagia bersama dan saling menyayangi.

                 Hari yang cerah, tidak akan selamanya cerah. Mendung datang juga. Zaim mula berubah sejak dirinya sibuk dengan aktivitinya. Janjinya yang ingin sentiasa ada untuk amni seperti semakin pudar. Mulanya, amni menerima alasan zaim yang mengatkan dirinya sibuk. Namun, semakin hari, zaim semakin berubah. Zaim seolah-olah mempunyai mood untuk mengambil tahu mengenai amni. Hubungan mereka juga seperti semakin tergantung. Bagi zaim, dirinya masih belum bersedia untuk mempunyai komitmen sepenuhnya bersama amni. Dia mengakui dia menyayangi amni, selalu merindui amni, selalu member sokongan kepada amni.  Baginya amni memang teman istimewa, namun bukan sebagai kekasihnya. Hati perempuan mana yang tidak akan terguris dengan perhubungn seperti ini. Kerana rasa kasih sayang amni pada zaim, amni terima semuanya dan sentiasa bersabar dengan kerenah zaim. Walaupun hubungan mereka tergantung, hubungan mereka bukanlah seperti teman biasa. Mereka sering bersama , menyemai kata-kata indah dan berkongsi suka duka mereka. Zaim pula pernah berasa berang apabila terlihat ada lelaki lain yang rapat degan amni. Amni tetap bertahan dan teguh dengan pendirianya yang menyayangi zaim. Walaupun air matanya sering kali tumpah setiap kali perselisihan faham berlaku antara dirnya dan zaim, kasih sayangnya pada zaim tidak pernah terluntur walaupun seinci. Zaim pula semakin sibuk dengan aktivitinya tanpa mempedulikan apa yang dirasai amni. Adakalanya sms amni dibiarkan sahaja tanpa jawapan. Hubungan mereka bukan sahaja tergantung, malahan semakin terumbang-ambing. Zaim yang dikenalinya setahun lalu semakin berbeza. Hilanglah sudah kata-kata manja dan ayat-ayat manis dari zaim yang semakin dirindui amni. Hanya sesekali sahaja amni menerima ayat-ayat begitu. Namun bagi amni, dia tetap berharap dan berdoa agar agar zaim yang dikenalinya dahulu akan kembali. Amni sanggup menolak semua lelaki yang ingin merapatinya hanya semata-mata mahu menjaga hati zaim. Satu prinsip amni, apabila dia menyayangi seseorang, dia benar-benar menyayangi. Dia hanya mampu berdoa dan berharap apa sahaja yang bakal ditempuhinya kelak bersama zaim akan dapat diterimanya dengan tabah. Sekiranya benar zaim untuk dirinya dan dirinya untuk zaim, amni bersyukur akan pertemuan yang telah ditentukan-NYA. Namun sekiranya tertulis sebaliknya, amni berharap dia akan tabah menghadapinya dan semoga ada yang terbaik buat dirinya dan begitu juga zaim. Walauapapun, amni berharap dirinya akan tabah dan kuat menempuhi masa akan datang. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Dan sememangnya jodoh kita telah tertulis dan ditentukan. Berdoalah agar diberikan yang terbaik. Berpeganglah kepada kata-kata ini ~When someone comes into your life. God send them for a reason, either to learn from them or to be with them till the end~

~terasa nk jd blogger~

assalamualaikum....
tah knp, tb2 terasa gatai je tangan nk create blog sndri, mcm best je kn slma ni bc blog org. hopfully lps ni akn dpt improve my blog...hehehe... ;)